CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 26 May 2012

Tambahan Ilmu


Sebagai gambaran betapa lemahnya pengatahuan manusia terhadap nasib yang akan manimpanya, kita ikuti ini yang mana salah satu bahagian bercerita tentang takdik. Mudah-mudahan mampu melengkapkan kita mengenai takdir. Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau siapapun yang mampu menjawap tiga pertanyaannya. Akhirnya si pemuda bertemu yang bijak lalu dia bertanya,,

“Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawap pertanyaan-pertanyaan saya?”
“Saya hamba Allah dan denagn izinNya saya akan berusaha menjawap pertanyaan tuan.”Jawap orang bijak itu.
“Tuan yakin? Bahkan professor dan banyak orang cerdik pandai tidak mamapu menjawap pertanyaan saya,”
“Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.”
“Saya punya tiga pertanyaan,
1.Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya?
2.Apa yang di namakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang
juga dibuat dari api, tentu ianya tidak menyakitkan syaitan, 
sebab keduanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu saja terkejut yang amat sangat.

“Kenapa anda marah pada saya.” Tanyanya smbil memegnag pipinya yang terasa sakit.
“Saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan saya bagi ketiga-tiga pertanyaan tuan.”Jawap si bijak dengan tenang.
“Saya kurang faham.” Si pemuda berasa hairan.
“Bagaimana rasanya tamparan saya?”
“Tentunya sakit.”
“Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”
“Tentu sahaja.”
“Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!”
“Saya tidak boleh.”
“Itulah jawapan saya atas sepertanyaan tuan.